2012? or nearest?

Melangkaui malam y sepi ni.... terdetik satu imbuhan tentang ape yg berlaku skrg ni... Islam Malaysia dh mulai bercampur aduk dgn politik dan sifat hasad dengki.... apa yg aku harus karangi di sini jikalau aku sndiri keliru.....

Kisah Dr Asri yg ditangkap baru2 ni membuka ledakan baru dlm arena shariah Malaysia... Para Ulama' dan Mufti baru buka mata dan mulut utk membanteras kaum2 yg suka memperlekehkan Imam Shafei... Mungkin ak tidak kan sedar tanpa peristiwa2 mengejut.... InsyaAlah ketelusan hati ulama'2 pondok membawa ilmu akan membasmi jentera2 yg disifatkan 'wahabi' di Malaysia.. mugkin ilmu di hati masih belum cukup memperkatakan soal ini.. namun buat sekian lama blog ini kesepian, aku harus luasi tahap pemikiranku dgn ilmu ugama.... Apakan daya Israel y mengheret Islam utk berpecah.... adakah kaum 'wahabi' ini satu jarum suntikan Yahudi Laknatullah? dalam reaksi yg kebibungan dlm persoalan ini... aku mengkaji majority Mufti Malaysia bersetuju apa y di bawa Dr Asri adalah boleh memecah belahkan Akidah umat Islam Malaysia... Justeru aku mengambil jalan selamat mengikut ungkaian majoriti Mufti2 Malaysia....

Semoga Malaysia maju tanpa keruntuhan Akidah dan Saksiah yg di bawa turun temurun....

Reunion 2009

Program: Reunion 2009, 1sr reunion since SPM 2003
Venue : Wood Resort, Ulu Yam
Time : 11.00am to 5.00pm

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga hajat hati utk reunion geng2 sekolah maahad dulu... walaupun dengan hanya 17 penyertaan dari 40 org yang di jemput... namun kemeriahan dapat di rasa... tiada apa yg diperjuangkan selain meraih kembali memori indah sewaktu zaman persekolahan... mungkin segelintir tidak merasa apa aku rasa... bagi aku, kawan zaman sekolah is the best kawan... mereka semua ni pemangkin kehidupan aku dari aku remaja sampai aku di menara gading... gerak geri, hilau tawa dan senda ria adalah asam garam yg aku sendiri tak berjaya genggami di universiti...
Kudrat yg ku tanam dulu kini kembali utk zaman kegemilangan seterusnya.....menitik beratkan usaha dan budi.. aku pasti kawan2 aku sekeliling mampu bersama2 memberi semangat utk aku terus berjaya dlm apa yg aku impikan...

Pernikahan Kawan Karib ku


Epilog Cinta Guru.. haha dua guru yg saling xtumpah perwatakan kini bersatu hati di medan pelamin... Nama di beri Fadlulhilmi bin Suhaimi, kawan paling rapat dgn diri ini.. apa tidaknya, dari darjah satu sampai sekolah menengah di sekolah yg sama. Dapat di universiti pun sama.. tp haluan je berbeza.. minatnya pada pengajaran membawa si fadlul ni ke Maktab Perguruan.


M Nasir jadi tukang karut? Benarkah itu?



Sempena malam anugerah aim 16, m nasir seorang penyanyi tersohor sempat menyelitkan seni dikirbarat yang jarang2 sekali dibuat...Tahniah pada semua yg terlibat... Sekalung pujian untuk sifu M.nasir... Syabbass....

Makan-makan ronda-ronda

Hari ni hari Jumaat.. best esok lusa cuti..huhu.. terliur la plak masakan best2 di kelate. Dalam hati ni nak balik jer rasa.. namun apakan daya memanjang jer kerja kena buat.. Sebut pasal masakan atau makanan kegemaran aku, sebenarnya takde yang specific sangat cuma ikut mood dan masa..

Tutorial Photoshop Workshop 1 - Membuat Background Batik

Tengah borim kt ofis hari ni elok juga berkongsi ilmu dengan kawan2. Tutorial ini merupakan cara aku membuat background dalam apa sahaja design yang aku lakukan. ia merupakan cara pantas dan mudah untuk di praktikkan



1) buat satu stage berukuran 500px x 400px yang kosong seperti ini





2) klik > filter > render > cloud dan anda akan dapat paparan seperti ini




3) klik > filter > blur > guassin blur > radius 60-70 shingga anda mendapat efek seperti di bawah





4) tekan keyboard "ctrl+b" serentak ( color balance)- midtone ( +75,0,-86 )- shadows ( +25 ,0, -80)/// ctrl+L ( level )- dapatkan kegelapan dan kecerahan secukup rasa





5) masukkan satu image corak batik atau apa sahaja yang anda suka ( black and white )


6) blendingkan dengan overlay atau softlight






7) turunkan opacity kepada 50% dan anda akan dapat hasil seperti ini





Selamat Mencuba...

Kekayaan Diri ketenangan Jiwa

Suatu episod panjang, merenung jauh ke bulan. Meniti jam 4 pagi.. menanti subuh yang menghampiri. Ku teringatkan sesuatu yang mungkin semua orang berfikir, bersusah, bergaduh dan bersuka kerananya. Itulah duit atau wang. Dunia sekarang sudah semakin flexibel dan definasi nya sudah luas dan tidak terhad lagi. Namun harus di ingat. Konsep dan akar nya adalah sama.

Pasa kekusutan ini, pernah aku berfikir kenapa aku berminat soal perniagaan? Adakah aku mengejar kekayaan, atau mahukan perubahan, atau niat baik ingin menolong kelak, atau sifat takabbur yang ingin menunjuk2? Semua itu menjadi titik tolak pemikiran ini yang kadang2 mahu keluar dari definisi sebenar. Semakin di fikir semakin kencang soalan baru tiba. Namun tidak semua yang kita minat tak dapat dikecapi seantario nya. Musim perubahan diri dan faktor sekeliling penyebab kadang2 manusia mudah leka. Dengan mudah bahasa nya adakah aku akan berjaya dalam apa yang aku minat iaitu perniagaan atau sebaliknya? Dan aku harus simpulkan jika aku tidak berdaya untuk berjaya dalam sandiwara perniagaan, adakah aku lebih berjaya dalam suasana makan gaji.

Semua ini tidak harus di jawab oleh sesiapa melain Dia yang Maha Kuasa. Cuma diri ini sekadar menerung sedalam2 nya erti kekayaan. Memang nyata kekayaan adalah punca utama aku minat dan cenderung ke arah perniagaan. Maka aku biarkan ia sendiri menentukan hala tuju ku. Kalau aku berjaya, maha itu nikmah dari Nya supaya aku terus bersyukur dan tidak leka pada perberianNya. Namun jika sebaliknya, Dia lebih menyayangi aku dari terus lena dalam erti kekayaan dan pancaroba kehidupan. Jelas dan nyata keringat harus di perah walau apapun ketentuanNya. Tidak perlu berputus asa, tidak gentar dengan halangan. Doa dan tawakkal yang mengiringi di samping kewajipan 5 rukun utama. InsyaAllah, dengan adanya teknologi terkini dan campuran adunan tradisi,akan ku lengkapkan pengertian ini dengan sujud dan tafakkur pada Mu Ya Rabbi.

Begini kah hidup seorang auditor?


Penjejakan kaki aku ke Hilmi Tax Consult pada 20hb April 2009 yg lalu membuka lembaran baru pada minda ini tentang auditing, accounting, company secretary dan taxation... Semua ni adalah proses atau lebih di anggap sebagai business yang memberi perkhidmatan kepada semua penduduk Msia samada yg makan gaji atau buat bzns sendiri.... Nyata ianya xsemestinya sama dgn apa yg pelajar universiti belajar dan rungkaikan.. gerak kerja yang jauh lebih relevan dengan situasi semasa..

2 hari pertama aku hanya sibuk melayari internet sahaja.. mana mungkin kalau bos ada... hahah... fisrt 2 days tu bos aku gi labuan... audit 12 masjid kt sana... tp masuk hari ketiga.. memang pedih dan perit untuk harungi.. ingatkan buat tax jer... nama pun dah Hilmi Tax consult... tp audit pun buat... jenuh aku menyiapkan kerja yang bertali arus datang... dengan due date yang singkat, siap satu datang lagi berganda... ni yang buat aku rasa cemas memikirkan masa depan.. Tatkala kemerosotan ekonomi sekarang, memungkinkan aku untuk terima sahaja apa jua kerja yang ada... kadang2 balik kolej pun terbayang2 lagi figure2 dalam audit working paper... akan tiba satu masa aku fed up dengan semua ni... Tuhan saja yang tahu... Audit ni benda yang senang saja, namun masalah2 dgn akaun client yang membuat aku ingin lari dari masalah ni...

sekarang banyak memproses untuk cukai LHDN pada 31 april ni... semua yg makan gaji bertungkus lumus mengisi borang.... ni pun dah buat jiwa kacau.... apatah lagi bulan June nanti... semua company akan terkejar2 untuk submit tax form pada LHDN... mungkin masa tu la aku akan makan xlalu..tido jarang lena... huhu.... tengok pada keadaan sekarang... hipotesis aku ni mungkin betul..... mampukah aku jadi seorang auditor? masa dan takdir yang menentukan....

coming soon... xsempat upload gmbr lg...

Pratical Training

Sudah satu sem berlalu... tanpa aku sedari minggu depan final exam lagi... final yg harus aku tujahi menggapai masa dpn yg gemilang dihajati... namun perjalanan masih jauh... dunia kadang2 xmeyebelahi kita... ada masa kita merasa, ada masa kita derita... yang pasti semua itu ujian dan pengalaman untuk kemudian hari... mungkin kali ini persediaan lebih teratur... hanya tawakal kepada Yang Esa pengubat kerisauan yg ada...

20 hb nanti kena laporkan diri di Helmi Tax firm plak untuk practical training... mungkin satu pendedahan baru dlm dunia tax audit... harap2 dpt cedok seberapa banyak ilmu yg ada... mana tahu blh buka firm jgk nanti...

tak tahu apa lagi harus ku coretkan kali ni... mgkin penat melayan final week yg begitu sibuk sebelum exam... Doakan aku terus mempertahan jadi diri yg ada... Sem ni jiwa agak tak tenteram... ada sesuatu yyg berlaku... hahahaha... yg pasti akan mengerti... InsyaAllah aku akan buat yg terbaik pada 6 paper yg merisaukan...Pray for me.... tq

Yang tahu pasti mengerti....

Yang mengerti akan pasti

Sudah beberapa kedinginan masa tidak mengizinkan aku untuk menulis di blog ni... mungkin ada sesuatu yang berlaku.. mungkin sibuk dengan kerja kuliyah dan kemas kini untuk practikal semester depan buat aku kaku berbicara di blog ini.. dalam sepi ada pasti... itu ungkaian yang aku akan huraikan namun mungkin aku atau yang pasti sahaja mengerti..

Mungkinkah diri ini boleh lari dari dugaan, atau perlu kebijaksanaan untuk menghadapi kepastian yang belum lagi pasti tapi hanya yang mengerti itu pasti... Sejarah banyak melakar kehidupan diri yang mencanang jiwa dan nurani tersendiri.. Semua aspek, segi, arah dan tuju harus ku tangani seikhlas hati.. Ada yang menyebelahi ada yang menghindari... Socio jiwa yang kalut dan ilham perasaan yang kencang membuat aku kadang2 terpinga-pinga untuk membuat pilihan dan jawapan..

Rintahan suara kalbu asyik berkata adakah logik yang dicari, atau nafsu yang di tuntut, atau nasihat yang di selami...

Atau mungkin membiarkan sahaja secara natural menjawab revolusi yang berlaku atau mungkin juga perlukan tindakan bersungguh2 untuk mengejar sesuatu yang aku ingini.. nescaya diri ini dapat membatasi permikiran yang setia ada...

Yang Mengerti Akan Pasti....

The Implication of IT on Accounting Perspective

Information technology or IT plays an important role in advancing economic growth and reducing scarcity. There is some research from the internet that covers the intonation of economic growth area. It really related to accounting perspective basically. We can see firms in developing country that uses IT grow faster, more productive and profitable than those do not invest in IT. As mentioned by Bill Gates (Microsoft founder), IT and Business are becoming interrelated between each other. He adds that not one can talk meaningfully about one without the talking about the other. Subsequently, when there is the business and transaction is made, it’s really related to accounting perspective basically. There are implications of IT in accounting perspective based on database, costing, and organizational structure.
My observation on database, international public accounting firm all over the world recently made large investments IT, primarily in audit software and knowledge-sharing applications. The results from both regression analysis and Data Envelopment Analysis (DEA) indicate significant productivity gains following IT implementation, documenting the value impact of IT in a public accounting firm. Nowadays, criminal in business is variety. So the evidence of transaction, bookkeeping record, and digital files are really important. With just with some queries, we can trace any problem or solution there. Freshly, many developer manage to come out with more effective and secure software that user friendly to accounting and auditing purposes.
It is consistently that the spread of IT has reduced radically the costs for firms of collecting, analyzing, retrieving and re-using information. The growth of voice and data communications means firms are increasingly able to share and spread this information at great speed and over large distances. Cutting cost is the effective ways to maximize profit of the firm. The usual impact is less expense for paper for any record, agreement and quotation. Some conference or meeting cost can be drop by having video digital conference. All the cost to travel, accommodation and time can be control by all IT gadgets. Actually IT moves faster than us. Internet and e-mail have practically eliminated the physical costs of communications. That is why, recently there are many accounting firms appeared because of the huge cost is eliminate.
The most impact that we can see is the big change in organizational structure. IT help and give ability to managers invent new process, procedure, and development. In accounting perspective also, some changes have been made to make it more parallel the situation. IT also has their negative result, so accounting principle has changed for sure to give efficiency theory and practical.

In the nutshell, IT gives the big pressure both positive and negative impact in accounting perspective in database, costing, and organizational structure. Some adjustment and control can help accounting grow matching with IT tempo.

Salam Maal Hijrah untuk semua



Sempena tahun baru hijrah ini, byk perkara penting yg diri ini perlu ungkai dan jelaskan. Tatkala umur semakin manja, seiring itulah aku lebih taksub untuk terus mengenali isi alam ini dengan penuh khusyuk.. Nescaya ianya akan membuatkan aku lebih mengenali Yang Maha Pencipta. Seruan tetap berkumandang, adakah aku masih ketinggalan atau masih leka dalam kancah ibadah seharian.. Bimbang dan risau kadang2 terdetik.. Sempurnakah sujud aku selama ini.. Mampukah tauhid aku menghadapi dugaan2 mencabar di dunia yang sebenar.. Betapa ramai umat Islam yang terdedah kepada fahaman2 yang tidak selari dengan Islam sebenar.. Masing2 dengan ego dan kehendak mereka sendiri.. Jauh di sudut hati ini ingin menyatukan semuanya.. Lagi2 apabila dengan kemelut perang antara puak Islam sendiri. Syiah dengan caranya, wahabi begitu jua.. Hamas, Suni,palestin, gaza... itu implikasi nya.. Islam itu indah, namun tiada satu jalan yang boleh merungkai jawapan jika masing2 tidak mahu berubah.. Buat kalian pembaca, doakanlah agar satu masa, ada satu pembaharuan ke arah kesejahteraan yang memungkinkan semua aman dan bersatu dijalan yang benar kepastianya. Semoga diri ini tabah dan sentiasa tidak jauh dari nya.. SALAM MAAL HIJRAH DARI LUZONSAVANA 2009

Syair puisi Abadi

ingat kita kerja Tuhan
tiada siapa nak boleh sekat
sejuk, panas, ribut, hujan
gemba bumi, banjir dan kilat
cahaya siang dan malam
boleh bertukar cerah ke gelap
habis minggu berganti bulan
habis tahun bertukar abad
ini dia kuasa Tuhan

matahari, bulan dan juga bintang
laut, bukit, sungai dan darat
kerbau, lembu, kambing di padang
semua Tuhan yang buat
dunia hanya pinjaman
Yang kekal itu di akhirat
makhluk jadi hiasan
dunia sebelum kiamat

sebut bicara kerja Tuhan
tiada siapa nak boleh teka
atas sifat di tubuh badan
manusia tidak serupa
ada kaum adam pula hawa
huduh cantik tua dan muda
sampai masa jiwa melayang
jasad kaku tidak bermaya
sedarilah wahai manusia

kita hidup di dunia
tiada siapa akan kekal
sampai masa sampai ketika
bertemulah dengan ajal
ajal maut tidak kira siapa
miskin kaya kecil dan besar
tempat akhir kita berjumpa
tengah panas di padang mahsyar

banyak benda ciptaan Tuhan
manusia tak boleh buat
telinga mata kaki dan tangan
hidung bernyawa mulut mengucap
darah daging nyawa di badan
tulang sendi kulit dan urat
sebijak mana akal fikiran
tak boleh lawan tuhan buat
dunia hanya pinjaman

insafilah wahai manusia
kita hidup sekali seorang
selagi nyawa masih ada
segera cari amalan
bila kita sudah mati
maka meninggal alam dunia
di dunia sakan berjoli
akhirat bala menimpa
insafilah wahai manusia...

gubahan : luzonsavana2008

Salam Syawal

Asalamualaikum,

Di kedamaian embun pagi ini, luzon berkesempatan utk berceloteh dlm blog yg semakin usang di tinggalkan ini.. begitulah kita sebagai manusia yg x lari dari kesibukan namun yg pasti kewajipan sbg umat Islam harus menunaikan apa yg sepatutnya dilakukan. Setiap hari, solat dan bacaan suci Al-QUR'AN seringkali membawa hati dan nurani ni lebih tabah menghadapi hari2 mendatang. Sekilas pandang mungkin ramai yg merasakan ianya hanya satu kewajipan namun disebalik apa yg disuruh, ada manfaatnya untuk santapan rohani. hahaha.. jadi ustaz seketika... Hanya sekadar memperingatkn diri sendiri dlm kesibukan final exam skrg ni, semua kewajipan harus di sempurnakn walau apa pun rintangan. Seharusnya ucapan tahniah buat semua yg sempat menghabiskn puasa enam. Bukan senang utk habiskan walaupun hanya enam hari berbanding 30 hari di bulan Ramadhan.

Kehadiran hari ini lebih membuat ku sedar semuanya ketentuan adalah nikmat dari Yang Maha Esa, bahkan hikmat disebalik apa yang berlaku seharusnya membuat manusia lebih matang dalam setiap ujian dariNya. Isu politik yang semakin kabur dengan agenda2 tersendiri sememangnya ujian yg memungkinkan setiap umat manusia kini lebih bersedia mengjangkaui batas pemikiran yg sebelum ini hanya berada di satu sudut selesa. Tatkala sedar apa-apa pun yang berlaku, segalanya akan kembali kepada Yang Satu. Percayalah..

Dari satu sudut, setiap apa kita lakukan seharusnya tidak menindas orang lain secara fizikal atau spiritual. Kesan dalaman tampak lebih terseksa. Bak kata mat saleh, "everything we do,dont harm others".. Jikalau terluka nya kulit, parutnya masih ada. Begitulah ibarat hati manusia. Seribu kali maaf sekali pun tiada yang dapat menghilangkan parut yang terdampar. Terlajak perahu boleh di undur, terlepas simpang boleh U turn, justeru terlajak kata sindiran hanya masa menentukan.

Ketenangan dalam kerisauan menghadapi final exam semester ini membuat luzon punyai masa dan detik utk melakar senyuman diharapan skrin komputer ini. Melihat mimik diri sendiri yg belum cukup matang menghadapi cabaran dan rintangan, apa pula utk fikirkan ttg masa depan yg lebih cemerlang. Dalam kegelapan, yg cerah kelihatan. Kudrat yg ada harusku semai utk cerahkan kegelapan ke arah kesempurnaan. Lantaran itu, ku pohon kekuatan dari Mu Yang Maha Kaya. Berilah kekuatan pada diri ini utk mecanang hari kemudian yg mendatang.

Salam Hari Raya dari Luzonsavana

More AIDILFITRI graphics


Dalam Keriuhan Beraya teringat luzon pada cikgu², ustaz² dan ustazah²..
Kalu sape ada terjumpe atau kenal list² di bawah ni.. kim salam rindu sgt²..

1)Cikgu Jak - Prinsip Akaun
2)Teacher roslaili - Baru Kawin...
3)Wan zil - Addmath
4)Rosman
5)Ustz Akmal - Guru kelas terbaik!!
6)Miji bola
7)IBY- Ismail Yasuk- mathmode
8)Ustz Zamri juboh hija
9)Fakhrudin – ana waukhwatiha
10)Ustz medi
11)Shapei yughan
12)Zaim bini duo
13)Cikgu aziz math
14)Zuraidin displin
15)Haspah
16)Miji saed
17)Pok nik mat kadet polis
8)Zawawi
19)Halim bulu
20)Halim cali capelim
21)Roshid yogerk
22)Prof zul
23)Puan noraini geograpi muka muda
24)Nasir pajero
25)Ustzah aida- pitih abe pitih na, pitis na pitih na
26)Mas sulaiman balaghah
27)Ustz nordin istimna’ anta
28)Ustz Fauzai mata meroh
29)Ustz mat ali
30)Ustz Ya bedal
31)Paprik kakze
32)Ustz baha besar
33)Cikgu z tatarakyat
34)Cikgu nordin perdagangan mata tgk depey
35)Hasnan sejarah
36)Baha sejarah
37)Ustaz aziz muso
38)Ustaz Syafiq muso
39)Ustaz badrulhisyam soro sedap nasyid sokmo
40) Ustz Osman - Astro nerako

Muvie baru yg ni best... jom p tgk

Lama dh xtgk cinema... ni dh masuk bulan July.... WANTED dh leh p tgk... harap2 best... lagi2 bila anjelina jolie jd heroin... huhu... ntahla... tgk cd pasar malam sudey... tp sound xde la power.. hihi... tgk dianye trailer pun dh leh tahu mcm best...



Cuba tgk je ni..



Selamat Menonton!

Cikgu oh Cikgu...Cikgu Faezah

Hari ni menemani nenek ke hospital USM Kubang Kerian untuk checkup 3 bulan... Biasa la hospital kerajaan, pukul 9 pg turun dari rumah hinggalah pukul 4 petang baru sampai rumah.. Habis satu surat khabar metro aku belek2... baca pun sudah... macam2 kerenah manusia aku dpt lihat... dan yg paling buat aku tersipu2 malu ialah.... jeng ..jeng ...jeng...

Sekian lama aku meninggalkan sekolah rendah.. Hari ni aku sgt bertuah... Dapat jumpa cikgu Bahasa Inggeris aku dari darjah 3 hingga 6... Dalam hati macam nak tegur tp takut silap org, tp cikgu tu plak mcm bg respon je asyik duk tengok aku... Apa kes.. hahahah... tp ku kuatkn semangat n terus bertanya... Betul rupanye tekaan ku... Memang cikgu tu sendiri mengaku dia cam raut muka ni ada skit2 ngan anak murid nakal zaman dulu2... hahaha... Cikgu ni namanya Faezah semasa di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail Satu.... Sekarang dh x mengajar... dia tokei pusat jagaan kanak2 Homaliee... famous gak la di Kb ni...

Yang terkejutnye aku, dia still ingat yg aku ni pengawas masa darjah 4 dan 5... Macam2 dia cite ttg aku... malas la, ponteng kelas la... hahaha nakal sungguh.. tp aku plak ingat2 xingat je cikgu... Berdosanya aku.... baru aku tahu nilai seorang guru... dulu benci gak sbb ajar bahasa iggeris.. bahasa penjajah... haha baru tahu penat giler nk kuasai bahasa omputih ni... Setiap details tentang diri aku dia blh sebut..

Bila berbual ttg rakan2 seperjuangan, mcm2 citer aku dpt dgr... yg dh berjaya tinggi2..hingga lah yg dh meninggal awal yg aku sdiri xtahu.. kenangan dan memori yg membuat ketawa sendirian... Tinggi macam mana pun tempat aku duduk, di situlah tempat aku bermula... Suka duka bersama kawan2, guru2, sukan dan macam2 lagi.. Fuhh... terdetik di hati nak jumpa blk semula kwn2... tp apakan daya semua dh bekerjaya...

Apapun detik hari ni akan ku ingat sampai bila2... Jasa guru2 ku akan ku kenang sampai terkubur jasad ini... Thanx Cikgu Faezah....

Kite yg masih hidup...

Baru dua hari mak sedara meninggal. Lenguh badan masih terasa.. Namun itu adalah benda biasa dalam bersaudara... tolong menolong amalan mulia.. Jenuh berfikir untuk cari idea nak di tulis, hari baru teringin nk menulis..

Pada pagi 18hb Jun, mendapat berita kehilangan mak saudara atau lebih akrab dipanggil Mak Ngah.. Selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Keramat Au2 pada pukul 3.30ptg... Dah lama diri ini tak menitiskan air mata... Termenung sejenak bila menilat jenazah dikebumikan.. Bila plak masa kite semua ni tiba?... Ntahla... benda xperlu pikir sgt... janji apa yg Allah suruh kite jalankn dgn baik... Yg xelok cuba elakkn... Tapi apa yg berlaku memberi gambaran pada yg lain supaya lebih teguh imannya..

Dari satu sudut, silaturrahim dapat dieratkan.. Yang jauh2 pun datang utk menziarah.. Inilah kuasa Ilahi... Kuasa yg Abadi... Xsiapa dapat meneka atau menjangka.. Semua ketentuanNya..
Tanah perkuburan pula dah hampir penuh, mungkin xsampai 100 jenazah lagi mungkin kerajaan kena cari ruangan kawasan lain pulak...

Tapi dalam banyak2 hal.. kite yang hidup ni kena rasa insaf la walaupun sedikit.. Saat kini yg masih hidup, Rakib dan Atib akan sentiasa mencatit setiap apa yang kite lakukan.. Tatkala malaikat Izrail datang memanggil, tiada apa lagi untuk di kejar.. Alam Barzah jadi singgahan...
Dan seterusnya solana2 yg akan ditanya dalam alam itu nanti...

Fikir-fikirkanlah semua yang masih bernyawa amnya, dan yang penting untuk renungan diri sendiri.. wassalam


Blogger Template by Blogcrowds


Copyright 2006| Blogger Templates by Luzonsavana modified and converted to Blogger Beta by BAITUN ABYADH NETWORK.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.