Tuesday, June 10, 2008

Hakikat yg ramai² penduduk malaysia xdpt terima. ini membatasi hak individu dlm soal kewangan. Ramai yg rata² berpendapatan sederhana dan rendah berasa terhimpit tatkala Paklah mengumumkan harga minyak naik serta merta. padahal yg dijanjikan hanya 40sen namun 2x plak yg naik... dahla janji bulan Ogos, tapi di perawalkan.. alangkah bahagianya Paklah yer buat rakyat menderita. berapa ramai yg diserang sakit jantung akibat keputusan yg dibuat Paklah dlm 4jam mesyuarat sblm keputusan pedih ni di buat. apakan daya..

Apakan saya ni seorang student dgn hanya ada pinjaman ber"interest" ptptn. Baru merancang nk saving dari segi expence. nk buat investment situ sini, tiba² expense plak meningkat. Automatik bila harga minyak naik, makan pun naik... kite sebagai manusia xlogik kalu boleh elak makan. Implikasi ini cukup buat saya terkumat kamik berbicara dgn hati sendiri bagaimana harus ku alami semua ini...

Tanpa termenung panjang saya hanya tggu kata2 Tun Dr Mahathir dlm blognya http://www.chedet.com/2008/06/oil-price.html. Memang betul sangkaan saya, Tun lebih cerdik. pemikiran yg lebih kreatif. Ulasan yg diberikan memang logik. Seorang pemimpin seharusnya mempunyai IQ melebihi IQ purata keseluruhan rakyat jelata.

Saya memang setuju dgn kata²nya yg menyatakan emanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat. Purchase Power atau kuasa beli adalah satu faktor yg para pemimpin perlu kaji dan selidik dgn serius. Dulu dgn harga seringgit kte boleh membeli 5 biji karipap. Sebaliknya sekarang hanya 2 atau 3 biji karipap. memang kos meningkat tapi dari segi kuasa beli kite sudah jatuh.

Tak habis dengan itu, harga beras juga meningkat.. Dari segi ekonominya penduduk pendapatan rendah sudah mula beralih kepada beras hancur atau disifatkan sebagai beras hancur dalam perkatan ekonmi. ini menunjukkan negara tidak maju sebaliknya semakin mundur... Padahal yg positifnya matawang kite semakin kukuh berbanding dgn dollar. Rm3.8 ke Rm3.4 untuk 1USD.
Namun peralihan ini rakyat tidak dapat rasa apa-apa. Bahkan membebankan minda rakyat semua untuk menanggung sengsara.

Tambah Tun lagi, nilai ringgit mengalami kenaikan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri. Oleh kerana harga minyak disebut dan dihitung dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia. Ada paham? Kalu xpaham tanya cikgu ekonomi....

Saya perpendapat kalau nak dibanding harga minyak kita dengan negara Thailand dan Singapore harga minyak kita masih ditahap rendah...Namun jangan hanya membanding harga minyak, cuba bandingkan harga kereta mereka. Kereta negara kita dah merangkumi kos duty import. Jadi, mana duit duty import tersebut kalau tak diberikan pada rakyat. Bila harga kereta di negara jiran murah, maka instalment setiap bulan akan rendah. Interest dgn pihak bank pun berkurangan. Apakah kita masing2 xdpt melihat konduksi ini.

kalau nak bercakap dari segi cukai pulak, kerajaan memang melimpah dengan wang. Manakan tidak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi. Petronas pula mengumumkan keuntungan RM70 Billion, mana la nak letak kalu bukan cukainya masuk ke kerajaan jugak..

Inilah rintitan seorang pelajar IPT yang mana mungkin salah satu asset negara untuk masa mendatang... kos hostel pun akan meningkat,lagikan kos belajar dan makan tiap2 semester. Bila berlaku masalah curi mencuri, ragut, dan peras ugut dikalangan pelajar, pelajar disalah sepenuhnya. Ini adalah implikasi dari segi kuasa beli yang saya ceritakan di atas tadi. Dengan beban pinjaman PTPTN sudah cukup buat saya melatah apakan pula bila berdiskusi tentang pengangguran graduan yg meningkat. Kerja yg agak susah untuk diperolehi, semuanya perlu di atasi. Setakat ini tiada cara lain untuk menolog, hanya seseorang individu itu sendiri perlu cari altenatif untuk berjaya dalam hidup. Saya mengharapkan semangat pelajar2 kita xgentar dgn apa yg berlaku. Mengharapkan sesuatu perubahan untuk kami sebagai pelajar.

0 comments :