Wednesday, October 22, 2008

Asalamualaikum,

Di kedamaian embun pagi ini, luzon berkesempatan utk berceloteh dlm blog yg semakin usang di tinggalkan ini.. begitulah kita sebagai manusia yg x lari dari kesibukan namun yg pasti kewajipan sbg umat Islam harus menunaikan apa yg sepatutnya dilakukan. Setiap hari, solat dan bacaan suci Al-QUR'AN seringkali membawa hati dan nurani ni lebih tabah menghadapi hari2 mendatang. Sekilas pandang mungkin ramai yg merasakan ianya hanya satu kewajipan namun disebalik apa yg disuruh, ada manfaatnya untuk santapan rohani. hahaha.. jadi ustaz seketika... Hanya sekadar memperingatkn diri sendiri dlm kesibukan final exam skrg ni, semua kewajipan harus di sempurnakn walau apa pun rintangan. Seharusnya ucapan tahniah buat semua yg sempat menghabiskn puasa enam. Bukan senang utk habiskan walaupun hanya enam hari berbanding 30 hari di bulan Ramadhan.

Kehadiran hari ini lebih membuat ku sedar semuanya ketentuan adalah nikmat dari Yang Maha Esa, bahkan hikmat disebalik apa yang berlaku seharusnya membuat manusia lebih matang dalam setiap ujian dariNya. Isu politik yang semakin kabur dengan agenda2 tersendiri sememangnya ujian yg memungkinkan setiap umat manusia kini lebih bersedia mengjangkaui batas pemikiran yg sebelum ini hanya berada di satu sudut selesa. Tatkala sedar apa-apa pun yang berlaku, segalanya akan kembali kepada Yang Satu. Percayalah..

Dari satu sudut, setiap apa kita lakukan seharusnya tidak menindas orang lain secara fizikal atau spiritual. Kesan dalaman tampak lebih terseksa. Bak kata mat saleh, "everything we do,dont harm others".. Jikalau terluka nya kulit, parutnya masih ada. Begitulah ibarat hati manusia. Seribu kali maaf sekali pun tiada yang dapat menghilangkan parut yang terdampar. Terlajak perahu boleh di undur, terlepas simpang boleh U turn, justeru terlajak kata sindiran hanya masa menentukan.

Ketenangan dalam kerisauan menghadapi final exam semester ini membuat luzon punyai masa dan detik utk melakar senyuman diharapan skrin komputer ini. Melihat mimik diri sendiri yg belum cukup matang menghadapi cabaran dan rintangan, apa pula utk fikirkan ttg masa depan yg lebih cemerlang. Dalam kegelapan, yg cerah kelihatan. Kudrat yg ada harusku semai utk cerahkan kegelapan ke arah kesempurnaan. Lantaran itu, ku pohon kekuatan dari Mu Yang Maha Kaya. Berilah kekuatan pada diri ini utk mecanang hari kemudian yg mendatang.

0 comments :