Monday, December 29, 2008



Sempena tahun baru hijrah ini, byk perkara penting yg diri ini perlu ungkai dan jelaskan. Tatkala umur semakin manja, seiring itulah aku lebih taksub untuk terus mengenali isi alam ini dengan penuh khusyuk.. Nescaya ianya akan membuatkan aku lebih mengenali Yang Maha Pencipta. Seruan tetap berkumandang, adakah aku masih ketinggalan atau masih leka dalam kancah ibadah seharian.. Bimbang dan risau kadang2 terdetik.. Sempurnakah sujud aku selama ini.. Mampukah tauhid aku menghadapi dugaan2 mencabar di dunia yang sebenar.. Betapa ramai umat Islam yang terdedah kepada fahaman2 yang tidak selari dengan Islam sebenar.. Masing2 dengan ego dan kehendak mereka sendiri.. Jauh di sudut hati ini ingin menyatukan semuanya.. Lagi2 apabila dengan kemelut perang antara puak Islam sendiri. Syiah dengan caranya, wahabi begitu jua.. Hamas, Suni,palestin, gaza... itu implikasi nya.. Islam itu indah, namun tiada satu jalan yang boleh merungkai jawapan jika masing2 tidak mahu berubah.. Buat kalian pembaca, doakanlah agar satu masa, ada satu pembaharuan ke arah kesejahteraan yang memungkinkan semua aman dan bersatu dijalan yang benar kepastianya. Semoga diri ini tabah dan sentiasa tidak jauh dari nya.. SALAM MAAL HIJRAH DARI LUZONSAVANA 2009

0 comments :