Monday, May 11, 2009



Sempena malam anugerah aim 16, m nasir seorang penyanyi tersohor sempat menyelitkan seni dikirbarat yang jarang2 sekali dibuat...Tahniah pada semua yg terlibat... Sekalung pujian untuk sifu M.nasir... Syabbass....

Friday, May 8, 2009

Hari ni hari Jumaat.. best esok lusa cuti..huhu.. terliur la plak masakan best2 di kelate. Dalam hati ni nak balik jer rasa.. namun apakan daya memanjang jer kerja kena buat.. Sebut pasal masakan atau makanan kegemaran aku, sebenarnya takde yang specific sangat cuma ikut mood dan masa..

Wednesday, May 6, 2009

Tengah borim kt ofis hari ni elok juga berkongsi ilmu dengan kawan2. Tutorial ini merupakan cara aku membuat background dalam apa sahaja design yang aku lakukan. ia merupakan cara pantas dan mudah untuk di praktikkan



1) buat satu stage berukuran 500px x 400px yang kosong seperti ini





2) klik > filter > render > cloud dan anda akan dapat paparan seperti ini




3) klik > filter > blur > guassin blur > radius 60-70 shingga anda mendapat efek seperti di bawah





4) tekan keyboard "ctrl+b" serentak ( color balance)- midtone ( +75,0,-86 )- shadows ( +25 ,0, -80)/// ctrl+L ( level )- dapatkan kegelapan dan kecerahan secukup rasa





5) masukkan satu image corak batik atau apa sahaja yang anda suka ( black and white )


6) blendingkan dengan overlay atau softlight






7) turunkan opacity kepada 50% dan anda akan dapat hasil seperti ini





Selamat Mencuba...

Sunday, May 3, 2009

Suatu episod panjang, merenung jauh ke bulan. Meniti jam 4 pagi.. menanti subuh yang menghampiri. Ku teringatkan sesuatu yang mungkin semua orang berfikir, bersusah, bergaduh dan bersuka kerananya. Itulah duit atau wang. Dunia sekarang sudah semakin flexibel dan definasi nya sudah luas dan tidak terhad lagi. Namun harus di ingat. Konsep dan akar nya adalah sama.

Pasa kekusutan ini, pernah aku berfikir kenapa aku berminat soal perniagaan? Adakah aku mengejar kekayaan, atau mahukan perubahan, atau niat baik ingin menolong kelak, atau sifat takabbur yang ingin menunjuk2? Semua itu menjadi titik tolak pemikiran ini yang kadang2 mahu keluar dari definisi sebenar. Semakin di fikir semakin kencang soalan baru tiba. Namun tidak semua yang kita minat tak dapat dikecapi seantario nya. Musim perubahan diri dan faktor sekeliling penyebab kadang2 manusia mudah leka. Dengan mudah bahasa nya adakah aku akan berjaya dalam apa yang aku minat iaitu perniagaan atau sebaliknya? Dan aku harus simpulkan jika aku tidak berdaya untuk berjaya dalam sandiwara perniagaan, adakah aku lebih berjaya dalam suasana makan gaji.

Semua ini tidak harus di jawab oleh sesiapa melain Dia yang Maha Kuasa. Cuma diri ini sekadar menerung sedalam2 nya erti kekayaan. Memang nyata kekayaan adalah punca utama aku minat dan cenderung ke arah perniagaan. Maka aku biarkan ia sendiri menentukan hala tuju ku. Kalau aku berjaya, maha itu nikmah dari Nya supaya aku terus bersyukur dan tidak leka pada perberianNya. Namun jika sebaliknya, Dia lebih menyayangi aku dari terus lena dalam erti kekayaan dan pancaroba kehidupan. Jelas dan nyata keringat harus di perah walau apapun ketentuanNya. Tidak perlu berputus asa, tidak gentar dengan halangan. Doa dan tawakkal yang mengiringi di samping kewajipan 5 rukun utama. InsyaAllah, dengan adanya teknologi terkini dan campuran adunan tradisi,akan ku lengkapkan pengertian ini dengan sujud dan tafakkur pada Mu Ya Rabbi.