Sunday, May 3, 2009

Suatu episod panjang, merenung jauh ke bulan. Meniti jam 4 pagi.. menanti subuh yang menghampiri. Ku teringatkan sesuatu yang mungkin semua orang berfikir, bersusah, bergaduh dan bersuka kerananya. Itulah duit atau wang. Dunia sekarang sudah semakin flexibel dan definasi nya sudah luas dan tidak terhad lagi. Namun harus di ingat. Konsep dan akar nya adalah sama.

Pasa kekusutan ini, pernah aku berfikir kenapa aku berminat soal perniagaan? Adakah aku mengejar kekayaan, atau mahukan perubahan, atau niat baik ingin menolong kelak, atau sifat takabbur yang ingin menunjuk2? Semua itu menjadi titik tolak pemikiran ini yang kadang2 mahu keluar dari definisi sebenar. Semakin di fikir semakin kencang soalan baru tiba. Namun tidak semua yang kita minat tak dapat dikecapi seantario nya. Musim perubahan diri dan faktor sekeliling penyebab kadang2 manusia mudah leka. Dengan mudah bahasa nya adakah aku akan berjaya dalam apa yang aku minat iaitu perniagaan atau sebaliknya? Dan aku harus simpulkan jika aku tidak berdaya untuk berjaya dalam sandiwara perniagaan, adakah aku lebih berjaya dalam suasana makan gaji.

Semua ini tidak harus di jawab oleh sesiapa melain Dia yang Maha Kuasa. Cuma diri ini sekadar menerung sedalam2 nya erti kekayaan. Memang nyata kekayaan adalah punca utama aku minat dan cenderung ke arah perniagaan. Maka aku biarkan ia sendiri menentukan hala tuju ku. Kalau aku berjaya, maha itu nikmah dari Nya supaya aku terus bersyukur dan tidak leka pada perberianNya. Namun jika sebaliknya, Dia lebih menyayangi aku dari terus lena dalam erti kekayaan dan pancaroba kehidupan. Jelas dan nyata keringat harus di perah walau apapun ketentuanNya. Tidak perlu berputus asa, tidak gentar dengan halangan. Doa dan tawakkal yang mengiringi di samping kewajipan 5 rukun utama. InsyaAllah, dengan adanya teknologi terkini dan campuran adunan tradisi,akan ku lengkapkan pengertian ini dengan sujud dan tafakkur pada Mu Ya Rabbi.

1 comments :

eida said...

tabahla dlm menempuhi hidup ni
x semestinya jwa kta akn tenang hanya dengan duit n kekayaan
setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya
andai hr ini anda gagal, bukan bererti anda gagal selama2nya
carilah kebahagiaan sebenar yg hakiki...